Thursday, November 11, 2010

~pEmAkaiaN ciNciN meNuRut pERspekTif IsLaM~


Nasihat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W. Nabi S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari 

1] jari manis 
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari 

1] jari tengah 
2] jari telunjuk 

Nabi Muhammad S.A.W. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut A.S. 

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah S.W.T . Nabi S.A.W. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W.  Maka dapatlah kita pahala.


 Hadis Pertama
Rasulullah pernah berpesan kepada menantunya Sayidina Ali selepas Ali berkahwin dengan puteri Rasulullah, Fatimah az-Zahra,
“Sekiranya kamu ingin memakai cincin, pakailah di jari manis dan juga kelingking. Jangan pakai di jari tengah dan telunjuk kerana itu adalah cara berhias bagi umat Nabi Luth A.S.”

Hadis Kedua
Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :
“ Adalah cincin Nabi S.A.W dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”. 
- Hadith Riwayat Muslim

Hadis Ketiga
Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah S.A.W telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. 
- Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai 


No comments:

Post a Comment