Monday, April 25, 2011

C I N T A - U K H U W W A H - F I L L A H

Remaja dan cinta- dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwa tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lalu hati remaja sering berkata “ apakah salah kami bercinta?” ya..rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Namun, Allah tidak mengurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan  cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang seringkali dilanggar. Disinilah remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah.

                Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana Allah mencintai manusia. Allah ingin keselamatan  dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadi. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta terlarang akan membawa banyak implikasi negative dalam kehidupan.

CINTA MUJAHID MUDA

Kini muncul pula fenomena baru, ‘cinta ukhuwwah’ yang mula bertiup hebat di kalangan para remaja dakwah yang digelar ‘mujahid/mujahidah’ muda. Semoga persoalan yang dilontarkan cukup untuk membuka mata para mujahid muda dalam menafsir erti ukhwah fillah. Menurut seorang ustaz, istilah cinta ukhwah terbit hasil dari islamisasi perasaan cinta remaja yang dialami dan istilah ini jelas ditujukan buat para mujahid muda. Amat malang apabila melihat kesucian ukhwah itu dicemari oleh mereka yang bergelar mujahid muda. Keliru atau mengikut nafsu?

                Tidak salah berukhwah tetapi para mujahid harus sedar, wujudnya hijab yang kuat dalam ukhuwwah antara seorang ar-rijal dan an-nisa’. Berhubung secara kerap atau boleh menimbulkan fitnah dan maksiat jelas dilarang dalam agama. Ingatlah mujahid muda, bahawa setiap yang haram itu adalah haram walau apa sekalipun. Cuma kita yang kadang-kadang cuba ‘menghalalkan’ dengan membuat alasan pelbagai itu dan ini.

                Kesimpulannya hanyalah satu, bercintalah secara berilmu. Jangan rosakkan dunia intelektual Islam dengan suasana jelik penuh hipokrit. Jangan nanti ilmu hilang, cinta pun melayang. Bersabarlah sebentar atas nama ilmu. Jodoh tak ke mana. Yang akan ke mana adalah nilai diri dan kesan budaya intelektual di kalangan anda. Malulah dengan hati yang baik dan perasaan yang telah lama terdidik yang mungkin lebih tahu berbanding nafsu yang sering mengajak dan kita terus menurut. Jangan memangsakan ungkapan ukhwah fillah hanya untuk menutup niat lain kita. Semoga kita sentiasa dirahmati dan mendapat petunjuk Ilahi..

SEDARLAH WAHAI DIRI…


peringatan buat aku kamu dan mereka ..

assalamualaikum wrm wbt

diharap agar dapatlah kita sebar-sebarkan risalah ini kepada rakan-rakan
muslimah atau adik-adik perempuan kita..Insyaallah punya manfaatnya….

peringatan buat saudariku......

saudariku.....sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai
taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.
kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik
perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun......
tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang
lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar ,
dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan
warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap
sang kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa
membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk
mendekatinya......

saudariku.....aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi
setiap mujahidah.bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang
bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada allah...
hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa
ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada
lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ......umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada al khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan
setiap insan yang bernama adam......

namun ............. ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah
yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang
bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...

namun ingatlah saudariku....sesiapa yang inginkan kebaikan maka allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting gadisku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah..........

saudariku.....akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada
kebanyakan lelaki...seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu...sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu " tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum
lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....

oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah
berpaksikan kepada al quran dan as sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu..... sesungguhnya allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum adam...

kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah
yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan
mu.....

saudariku... dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan
menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta... bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...

benarlah sabda rasulullah saw "sesungguhnya cinta itu buta"
cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan
perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta
itu atas dasar nafsu dan tidak kerana allah swt...
sebelum kau mendekati cinta , cintailah dirimu terlebih dahulu , mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik ,yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh allah..

semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan
terhadapnya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............

saudariku... mencintai allah dan rasul melebihi cinta terhadap
makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.. dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah
muslimahmu.....

sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak
dalam hati orang yang melakukan maksiat.

buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu
rabiatul adawiah sebagai renungan bersama :
"cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi
untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal ,
cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal ,
kecewa ,menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta
pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang
kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia
sendiri.
"antara tanda keberkatan seseorang wanita itu ialah, cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya......"

Anda sedang ber"COUPLE" ye ???

Kami tidak berzina !
 
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.


Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?

Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
 
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.
Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.
  
Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
 
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
 
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
 

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.
 
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
 
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
 
Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Enam Persoalan Hidup-Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.

Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)


Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat. 

Beza Antara Lelaki & Wanita

Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah
baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri,
dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak
lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas
ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya
maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala
perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada
suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri
tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi
suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi
menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami
perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa
yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.

Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat
dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian
laa.)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah
oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak
tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu
meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi
tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.

Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada
isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas
yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta
disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti
intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?
Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat
kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu
adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu
menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada
suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan
hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,
tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,
malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan
matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan
terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak
perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang
wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan
saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui
mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat
sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat
suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala
seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.


MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di
sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu
sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab
itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan
keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita
dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa
disisiNYA.

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.