Monday, April 25, 2011

Beza Antara Lelaki & Wanita

Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah
baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri,
dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak
lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas
ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya
maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala
perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada
suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri
tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi
suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi
menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami
perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa
yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.

Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat
dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian
laa.)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah
oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak
tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu
meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi
tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.

Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada
isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas
yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta
disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti
intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?
Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat
kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu
adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu
menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada
suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan
hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,
tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,
malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan
matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan
terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak
perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang
wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan
saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui
mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat
sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat
suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala
seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.


MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di
sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu
sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab
itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan
keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita
dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa
disisiNYA.

No comments:

Post a Comment