Sunday, October 31, 2010

~kaHwiN mUhaLLiL (cina buta)~



Tafsir Al-Quran
Surah Al-Baqarah : 230

Firman Allah SWT,

“Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu, kalau ia diceraikan (oleh suami baru itu dan habis eddahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula ), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Itulah aturan hukum Allah, diterangkan kepada kaum yang mengetahui dan memahaminya.” (Al-Baqarah 230) 

Huraian

Ayat ini turun berkaitan dengan kisah ‘Aisyah binti Abdul Rahman yang telah diceraikan oleh suaminya Rifa’ah bin Wahab dengan talak tiga. Beliau kemudiannya berkahwin pula dengan Abdul Rahman bin Zubair al-Qurazi. Malangnya beliau juga turut diceraikan oleh suami keduanya itu. Setelah itu dia telah datang kepada Rasulullah saw dan berkata : Ya Rasulullah, Dia (Abdul Rahman bin Zubair al-Quraizi) telah menceraikan aku sebelum menyentuhiku (yakni bersetubuh). Bolehkan aku kembali kepada bekas suamiku yang pertama.. Baginda saw menjawab : Tidak boleh selagi tidak di sentuh (yakni bersetubuh dengan isteri kedua).

Berdasarkan ayat di atas, ulama feqah sepakat, sekiranya si suami menceraikan isterinya dengan talak tiga, si suami itu tidak boleh merujuk kembali kepada bekas isterinya melainkan bekas isterinya itu berkahwin dengan suami yang baru melalui perkahwinan yang diiktiraf syariat, sah dan bertujuan kekal bukan perkahwinan yang dirancang (perkahwinan muhallil). Dan berdasarkan hadis di atas perkahwinan dengan suami kedua itu hendaklah berlaku dukhul iaitu jimak.

Jika berlaku penceraian dengan suami kedua (penceraian yang tidak dirancang), setelah tamat eddah maka bolehlah bekas suaminya yang pertama dahulu mengahwininya semula dengan akad nikah dan mahar yang baru. 
Dan suami pertama akan kembali memiliki tiga talak sekaligus memadamkan talak yang lalu. .

Hal ini berbeza dengan penceraian talaq satu dan talak dua, menurut jumhur (Maliki, Syafie dan Hanbali) perkahwinan kali kedua dengan bekas isteri yang dicerai talak satu atau dua tidak akan memadamkan talak terdahulu. Ini kerana perkahwinan dan persetubuhan dengan suami kedua tidak diperlukan untuk menghalalkan dirinya kepada suami pertama.

Adapun perkahwinan muhallil yakni perkahwinan yang dirancang agar bekas isteri yang dicerai dengan talak 3 boleh kembali kepada bekas suaminya yang pertama setelah berlaku penceraian dengan suami kedua, perkahwinan seperti ini adalah haram, batil dan tidak sah. Jika berlaku juga perkahwinan dengan bekas suami pertama dengan cara ini, maka perkahwinan itu tidak sah dan ia di anggap sebagai perbuatan zina. 
Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw,

ألا أخبركم بالتيس المستعار ؟ قالو : بلى يا رسول الله قال : هو المحلل ,
لعن الله المحلل والمحلل له

Maksudnya : Mahukah kamu jika aku memberitahu siapakah orang yang paling keji lagi hina ? Para sahabat menjawab : Ya, ya Rasulullah. Baginda berkata : Ia adalah al-Muhallil (lelaki yang mengahwini seorang perempuan yang telah dicerai talak tiga dengan tujuan menghalalkannya semula kepada bekas suaminya selepas ia menceraikan) Allah melaknat al-Muhallil dan al-Muhallal lahu (suami yang menjatuhkan talak tiga kemudiannya ingin merujuk semula bekas isterinya melalui perkahwinan muhallil.

Kata Saidina Umar al-Khattab r.a, Tidak dibawa kepadaku muhallil atau muhallal lahu melainkan akan aku rejam kedua-duanya. Abdullah bin Umar ketika menerangkan maksud ayahnya : beliau menjawab kedua-duanya adalah penzina.

Di akhir ayat 230, Allah SWT mengistiharkan bahawa segala hukum-hukum tersebut adalah batasan Allah SWT yang diterangkan dengan sejelas-jelasnya kepada golongan yang tahu akan faedahnya dan sedar terhadap kepentingannya.

Wallahualam.

Kuliah Maghrib,
Ust. Mohd Hishamuddin bin Mansor.

Rujukan,
Tafsir Ahmad Sonhadji, Al-Munir dan Az-Azhar.

Tuesday, October 26, 2010

~pusara yang ditegah agama~

Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara kita yang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah meninggal nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Baca artikel di bawah.
Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..
Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala.
Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.
wALLAHua’lam..
Sebarkanlah walau dengan satu ayat..
+ Artikel ini telah dikeluarkan semula di Oh! Islam melalui artikel asal di Oh! Tidak

Saturday, October 23, 2010

~ niQaB n gaMbAr Di LaMaN mAyA ~

Ramai orang tahu apa itu niqab. Bahasa popularnya dahulu adalah purdah. Antara bahasa yang kurang popular adalah cadar. Tapi saya memang tak pakai la perkataan cadar ni. Sebab cadar saya guna untuk kain yang menyelimuti katil. Tapi itu saya la ya. Saya selalu sebut niqab atau purdah sahaja.
Niqab ni, selepas saya baca dan kaji sikit, pengakhiran terhadap hukumnya ada dua. Yakni harus pakai, dan wajib pakai (mngikut apa yang saya baca, pemakaian purdah ni adalah wajib brdsarkn fatwa Imam Syafie) . Namun majoriti ulama’ berada di pihak harus pakai. Hanya kebanyakan ulama’ Arab Saudi sahaja yang mewajibkan, itu pun ada antara ulama’ saudi seperti Sheikh Nasiruddin Al-Bani menyatakan tidak wajib.
Saya bukan nak bahas fasal hukum. Saya cuma nak menyampaikan sesuatu berkenaan hal niqab.
Ini cetusan daripada sahabat saya di Jordan ini. Bermula dengan pertanyaan:
“Hilal, orang pakai niqab ni sebab tak mahu jadi fitnah. Jadi apa pandangan enta terhadap orang yang pakai niqab, tapi pergi tangkap gambar sendiri lepas tu letak kat facebook, friendster untuk tayangan ramai?”

Rasa aneh
Bicara sahabat saya tadi mengetuk minda saya. Benar, saya perasan akan situasi yang dia ceritakan itu. Ramai aje kalau saya melompat-lompat facebook atau friendster, hatta blog dan website pun, kelihatan gambar orang berniqab tapi kemudian tangkap gambar sendiri(gaya macam-macam la kan).
Kenapa buat begitu?
Saya rasa aneh.
Tujuan pemakaian niqab, sama ada wajib atau harus, adalah untuk mengelakkan fitnah. Kalau dalam hukum wajib, niqab dipakai kerana perempuan itu menjadi sumber ujian kepada lelaki dan untuk memuliakan serta menjaga perempuan itu sendiri. Kalau hukum harus pula, niqab dipakai kerana mengelakkan fitnah kepada diri dan orang sekeliling. Contohnya kalau dia terlalu cantik, maka dia perlu memakai purdah agar kurang sedikit perhatian orang kepadanya. Ditakuti, perhatian orang itu akan menimbulkan fitnah.
Tapi, kenapa tangan gambar dengan pelbagai aksi dan angle kalau tujuan memakai niqabnya adalah seperti tadi? Kemudian letak pula di tempat yang menjadi tontotan ramai?
Saya rasa aneh.

Kenapa pakai niqab?
Saya tidak mahu bergerak jauh dalam perbahasan yang orang putih kata complicated. Saya tak suka macam itu. Maka saya senang mengajak wanita-wanita yang memakai niqab, yang berhajat memakai niqab untuk muhasabah kembali niat mereka memakai niqab itu sendiri.
Kenapa pakai niqab?
Jika nak dapat redha Ilahi, jika hendak menjaga diri dari fitnah, apakah pantas kita menangkap gambar dan meletakkanya di web sosial untuk tontonan umum?
Melainkan, kalau kita pakai niqab ini, tujuannya agar nak orang puji kita ini beriman tinggi sebab mampu pakai niqab, tujuannya nak orang beri perhatian pada kita sebab kita ni pakai niqab, tujuannya agar ada orang tertarik dengan kita sebab orang pakai niqab ni selalunya orang claim sebagai solehah.
Kenapa pakai niqab?
Ini titik permulaan sebenarnya, yang kita kena lihat semula.
Atas dasar apa kita memakai niqab?
Ikut-ikut? Tuntutan? Kepopularan? Hendakkan perhatian? Kewajipan?

Imej
Kenapa saya tergerak memanjangkan hal ini di dalam website?
Kerana imej Islam sedang terlekat pada orang yang memakai niqab, lebih berat dari orang lain. Ya lah, apabila memakai niqab, orang akan kata kita ni beriman kuat, thiqah, sungguh-sungguh amal Islam. Itu pandangan kebiasaan orang.
Justeru, apabila kita dipandang sedemikian rupa, kemudian kita pula melakukan sesuatu yang diluar pandangan orang itu, maka pastinya akan menimbulkan fitnah kepada Islam.
“Ish, ada patut dia buat camtu? Dia dah la pakai niqab”
“Pakai niqab, tapi sembang dengan lelaki macam biasa aje”
“Pakai niqab pun nak tangkap gambar lebih-lebih ke?”
Orang akan perhatikan dari segenap penjuru. Kita boleh kata dengan mudah: “Saya pun manusia” Tapi pada saya, bukan semua akan mendengar alasan itu. Mereka yang tidak faham Islam, akan memandang buruk Islam hanya kerana sikap pemakai niqab.
Tujuan niqab adalah untuk menutup fitnah, tapi kita dengan niqab, membuka fitnah baru yang lebih buruk.
Sebab itu, balik semula kepada niat tadi.
Kenapa pakai niqab? Dari niat inilah kita berusaha menetapkan diri kita sebenarnya. Barangsiapa yang niat hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan bergerak kepada Allah dan rasul-Nya.

Pakai, pakai dengan serius
Artikel ni, bukan suruh tanggal niqab ya. Cuma saya mengajak mereka yang memakai niqab, mereka yang berhajat memakai niqab, agar memakainya dengan kefahaman, dengan penuh keseriusan.
Jangan jadikan Niqab ini fesyen.
“Orang solehah dia pakai niqab”
“Orang dakwah-dakwah ni, kena pakai niqab”
Tidak. Jangan begitu. Kalau kamu pakai niqab kerana itu, maka niqab kamu sudah menjadi fesyen, bukan lagi kerana mendapat redha Allah, bukan lagi kerana ingin menutup fitnah. Niqab kamu nanti hanya sekadar menjadi – trend orang dakwah. Kenapa pakai? Sebab kalau nak berdakwah, kena pakai niqab baru nampak macam pendakwah.
Jangan.
Tak pakai niqab bukannya tak solehah. Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqab, memandang rendah mereka yang tidak memakai niqab. Tak pakai niqab juga, bukanlah tidak boleh berdakwah dan berada atas jalan tarbiyah. Sejak bila, niqab menjadi lesen untuk semua itu?
Bagi yang memakai niqab, teruskan dan perbaiki peribadi kamu. Kamu menjadi pandangan dan perhatian manusia lain. Ada yang ingin menghina, maka kamu jagalah diri dari hinaan kamu. Ada yang ingin mencontohi, maka kamu usahakan agar mereka contohi kamu. Ada yang ingin menghargai, mempercayai, maka kamu jangan khianati penghargaan dan kepercayaan mereka.
Seriuslah kalau benar niatnya untuk menjaga diri dari fitnah, mendapat mardhatillah. Jaga diri, jaga akhlak, jangan melakukan perkara yang terang menimbulkan fitnah. Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba’, dia akan diperhatikan dan musuh menanti-nanti celahan yang boleh membuatkan dia jatuh. Lebih buruk lagi, kejatuhannya memburukkan pula Islam.
Maka, pakailah dengan serius.
Saya ulang, dengan serius. Bukan sebab main-main, bukan sebab ikut, bukan sebab trend, bukan sebab fesyen.

Penutup: Sama-sama islah diri sebenarnya
Artikel ini, bukanlah nak kata perempuan yang tak pakai niqab tu tak payah jaga diri, boleh siar gambar macam-macam angle dan melakukan apa yang saya kata pada pemakai niqab tadi tak patut buat.
Sama sahaja tuntutan yang tak pakai niqab dengan yang pakai niqab. Cuma kenapa saya tekankan hal ini kepada yang berniqab? Adalah kerana orang yang pakai niqab ni, orang pandang lebih, orang ingat iman mereka tinggi, orang rasa mereka faham agama banyak. Jadi bila mereka buat something yang tak kena dengan Islam, orang akan salahkan Islam.
Bagi yang tak pakai niqab, saya tak suruh anda pakai niqab kalau tak perlu.Tapi kalau anda nak pakai, itu terpulang kepada anda. Cuma kalau nak pakai, perhatikan niat, pakai dengan serius. Dan bukanlah kalau anda tidak memakai niqab, bermakna anda boleh buat sesuka hati sahaja.
Semua perempuan kena jaga diri, kena pelihara diri, kena sayang dengan kebersihan diri sendiri.
Saya, sebagai lelaki, memandang perempuan dengan pandangan yang tinggi, anda isteri saya, anda ibu saya, anda kakak saya, anda adik perempuan saya, anda anak perempuan saya, anda sepupu perempuan saya, anda nenek saya, anda makcik saya.
Siapa yang tidak suka akan keluarga yang bersih, terpelihara, serta mendapat redha Allah SWT?
Sama-samalah kita menjaga diri kita.
Anda dan saya. Perempuan dan lelaki.
Sama-sama kita perbaiki diri kita.

Friday, October 22, 2010

~ pUaSa qAdHa + PuAsA eNaM sYaWal ~

Satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-
1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.
3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)
4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.
Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
Sekian
~ulasan drpd Zaharuddin Abd Rahman~

~sUci dALam dEBu~

ISLAM bagai air yang jernih
di bumi yang penuh berdebu
menyirami sanubari insan
untuk setiap umat manusia
sepanjang masa...


ISLAM kan jaya selamanya 
walau ditentang masa
namun tak semua punya daya
menentang murka...


suatu hari nanti
ISLAM akan bercahaya 
menyinari dunia
makhluk dan seisinya...


di situ kan terlihat
kebenaran terungkap
QUR'AN jadi pedoman 
SUNNAH jadi acuan...


bukan khayalan yang ALLAH janjikan 
namun KEMENANGAN yang nyata...

Thursday, October 21, 2010

~Di BaWaH DeRaIaN sAnG oMbAk~

Bukan sekali Allah menguji,
Telah diberi akal naluri,
Telah dianugerah taraf yang tinggi,
Khalifah islam di muka bumi…

Namun dalam diam hati terleka,
Yang khalifah itu adalah kita,
Bukan semudah disebut lidah,
Bukan sesedap untaian madah,
Alpa jua membela akidah…

Tsunami bukan pertama kali,
Kekuasaan Allah memang hakiki,
Namun siksanya terasa dalam diri dan hati,
Menampar akal dan harga diri,
Menampar ego dan kealpaan tadi…..

Lantas bermulalah sekali lagi,
Satu episode kesedaran yang
cuba bertakhta dihati,
Setelah lama lesap diulit mimpi duniawi….

Insan yang leka sedari tadi,
Tersedar bila bala datang depan mata sendiri…

Bukankah Akhirat itu sebuah janji?
Tandanya datang bersilih ganti?
Pergolakan dimuka bumi,
Di dasarnya pun pasti akan berdiri,
Sebuah peringatan buat insan insani…..

Andai kata datang ketakutan dalam diri,
Bersyukurlah,kerana hati mengingat mati,
Yang datang tanpa disedari,
Yang pergi tapi dilupai..

Kerana diri sering menepis hakikat yang dijanji,
Kerana yang kecil tidak dipeduli,
Kesannya tak berbekas dalam diri,
Yang besar dicanang kesana kemari,
Masih adakah bibit taqwa dalam diri?…..

Tertawakan diri sendiri,
Kerana hakikatnya semua salah diri ini,
Merosakkan ciptaan Allah dimuka bumi,
Menambak itu ini,
Merebut milik Tuhan,
Sedang layaknya tidak difikirkan…..

Apalah yang boleh kita lakukan, Cuba buahkan satu pemikiran,
Bila kita bersenang-lenangan,
Bukan manusia saja tahu berubah,
Membuktikan kerasnya kehebatan ,
Bumi juga ciptaan tuhan bukan?,
pastinya dia tak mahu ketinggalan……

Dua jari,
Satu destinasi,
Bermillion akal,
Tapi tidak sehati..
Bencana menimpa dianggap seperti satu mimpi,
Mengapa hadirnya ,tidak dicari erti,
Tapi kehilangan harta, nilainya lebih tinggi,
Untuk difahami,kerana sukar di cari ganti.

Kitar semula apa yang ada,
Sedang Iman yang hilang dibiarkan saja,
rasa kehambaan apa gunanya,
Hanya tinggal tanda tanya,
Seperti pesan ibu pada anaknya,
jangan terlalu lembut hati,
Nanti kau tersungkur ditindas bumi,
Mana letaknya yakin terhadap pahala ilahi?

Zaman ini semua harus berani(ke depan kononnya,barulah IT)
Lagaknya manusia semakin berIQ tinggi,
Malangnya intipati sudah basi,
Sudah terhantuk di besi berani,
Baru mencari keledar aqli….

Ingat lagi tak kisah nabi nuh?
Banjir seluruh alam,
Bencana menyelimuti bumi,
Lama manakah manusia meneladani,
walau yang terjadi lebih hebat dari tsunami,
ketawakan lagi diri sendiri….

Mujur Bahtera Nuh menyelamatkan mutiara subur,
Yang masih bernafas ketika at- tannur,
Yang syirik dan fasik sudah menjadi manik,
Yang terburai dalam sedetik….

Adakah bahtera itu akan datang lagi?
Menyambut deraian jari jemari?
menghulur nasrun pada tangan yang menggapai,
Menyelamatkan jasad dari berkecai,
Teladan yang lama mati dari kotak hati,
Terbayang-bayang dalam mimpi(hanya dalam mimpi)……

Andai hati hampir mati,
Ucapkan syahadah dalam istiqamah,
Bersedia menemui pencipta dalam wudhu’ pembersih noda,
Kerana kamu dan saya tidak mungkin tahu bila tsunami’terakhir’ akan melanda,
Dan kita terus menunggu akan tiba bahtera,
yang asasnya kita bina dari kulit bawang,(memang nipis),
Sauhnya dari mutiara iman(memang indah hasil berpesan-pesanan),
Namun memang bukan mudah untuk kita ciptakan,
Bahtera ini,lagi-lagi dengan tangan sendiri,
Begitu juga fikirmu,bukan????

Asyhaduallaaailaahaillah,waashhaduannamuhammadarrasulullah…
syukur atas nyawa yang masih lekat di badan,
Sampai bila akan bertautan?
Harapan jangan tinggal harapan,
Iman perlu ditegakkan,
Islam perlu terus jadi pegangan……….

Respon saya ini memang kosong isinya,
Kerana yang terjadi bukan di depan mata,(nauzubillah),
Tapi rasanya sampai ke pangkal ginjal,
Bertemu hati yang sering lengai,
Tapi CNS masih bersatu menyelamatkan hepar yang semakin usai,
Berbekal amalan yang ceteknya lebih dari denai-denai,
Sepanjang liku-liku kota salji yang sering menyeringai,
Seolah-olah mahu amalan yang saya tadah di telapak tangan terbarai……

Wallahu a’lam………….

~kAu yAnG ku gELar sAhabAT~

salam sahabat...
Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah – ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela.

Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba-tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya.
Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata-mata kerana kita sekepala.

Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menhargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.

Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.

Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini….dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..

Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata-kata takkan bermakna jika dibiarkan kata-kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja..

~eRatkAn pErsahAbaTanMu~




1. KESABARAN Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah & mula berfikir tentang hati & perasaan orang lain.


2. BERTERUS TERANG Jgn sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tdk menyenangi sikap teman2 di sekelilingmu. Cuba berbincang & berterus terang agar masalah yg membelengu dirimu aka selesai & jgn meninggikan suara ketika berbincang. 


3. IKHLAS Sentiasa bersikap ikhlas & jgn terlalu berkira dgn org lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita. 


4. SALING MENGHORMATI Saling hormat menghormati. Hormatilah org disekelilingmu & sudah tentu org lain juga akan menghormatimu. 


5. JUJUR Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yg dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh2 sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan. 


6. SALING FAHAM MEMAHAMI  Saling faham memahami & tdk berprasangka buruk adalah resepi utama dlm membina sebuah persahabatan yg berjaya. 


7. SALING MEMAAFKAN Jadilah seorang yg pemaaf sekiranya teman baikmua menyinggung perasaanmu. & ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yg mulia. Malah dia dpt memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.


8. BERTOLAK ANSUR Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting utk membina sebuah perhubungan yg murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu & orang lain. Namun usah mengharapkan hanya org lain yg perlu bertolak ansur dengan kamu & dlm masa yg sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tdk adil namanya!

9. JAGA TUTUR KATA Jagalah tutur kata & jgn terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.


10. NASIHAT MENASIHATI Saling tegur menegur & nasihat menasihati antara satu ama lain. Teguran hendaklah secara baik & bukannya dgn melulu & mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yg mulia?


11. AMBIL BERAT Jgn pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada di sisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar & tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan & sedikit bebanyak masalah yg ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jgn nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yg perlu diselasaikan!


12. SALING BERHUBUNG Jauh dimata, dekat dihati. W/pun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak & kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dgn bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.


13. BERTELINGKAH Sesekali bertelingkah yg berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih sling mengenali & memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah & bermaaf-maafan agar kekeruhan yg melanda akan jernih semula.

~bUDayA cOuPLe...cmne blh jd ni???~






1) byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada  usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya 
tidak bercanggah dhn syarak. 
2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le 
dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar 
batas2 syarak.. nauzubillah.. pd pendapat mereka keluar buat date kat 
khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun 
tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit 
jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak 
jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak 
buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk 
bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le.. 

3) sudah menjadi naluru manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu 
Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil 
drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan 
attraction between the charge can't be control to act in a much more 
appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg 
sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.. 
dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . betul juga 
kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana 
baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak 
boleh diabaikan... 
4) bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun 
aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang 
pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan 
lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL 
(kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila 
bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 
pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni.. 
5) ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi 
setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. 
mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek.. 
6) ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada 
satu kekosongan dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek. 
faktor sekeliling memperngaruhu suasana. 
7) lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab 
tackle/meng'ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat... 
8) haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so 
dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia 
(padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit 
punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada 
juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta 
tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try 
meng'ayat'. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat 
kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn le dok 
perasan cepat sgt..
 
9) ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk 
lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment 
ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah 
perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula 
tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu... 
10) fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' 
disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal 
antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke 
sebelum berjanji utk hidup semati... 


alhamdulillah niat bagus... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram 
akan tetap haram, sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud: 
Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W 
"sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara 
keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, 
maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya 
ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya... " (Mutfaq'alaih) 

1-sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah 
melainkan ditemani mahramnya... . 
2-cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan 
dan bukannya kerana hawa nafsu...
 
Nauzubillahi min zalik... 
Wallahu'alam... . 

Wednesday, October 20, 2010

~kAsiH n CinTa dALam IsLaM~

“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang
bercinta di tanya, “Apakah kau
menyintai atau
sedang
bercinta dengannya?”, maka
dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa
sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)”
______________________________________
“…Rasa hormat adalah asas penting menjalin
hubungan
cinta yang suci sesuai dengan aturan
Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran
Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di
antara pasangan amat dititik beratkan ke arah
satu hubungan yang berkekalan.
Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih
sayang yang terjalin terhadap seorang wanita
tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan
wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita
bukannya objek yang boleh diperalatkan.
Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,
apakah pasangan seperti ini mampu melindungi
dan menjaga maruahnya apabila berkahwin
nanti?
Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang
dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal
berlaku satu hari nanti?…”
______________________________________
Istilah cinta amat popular dan menjadi satu
ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.
Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan
untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan.
Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah
lagi malah adakalanya membawa kepada
sesuatu di luar jangkauan
Cinta perlu
difahami. Semestinya seorang remaja
perlu memahami kehendak dan definisi yang
tepat.
Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?
Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan
Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta
merupakan satu perasaan yang semulajadi di
alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.
Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’.
Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang
tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk
meneruskan kehidupan dan mempertahankan),
gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.
Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di
sisi Islam.
Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan
cintanya dan ke mana hala tuju
seterusnya.
Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan
satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat
cinta.
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.
Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang
dikatakan sebagai
cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-
puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan
yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan
hubungan antara manusia dan Allah.
Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu
kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi
pihak lelaki dan perempuan.
Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?
Adakah setakat mengisi usia remaja dan
adakalanya putus di tengah
jalan?
Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih
kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh
romantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa
cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari tuhan